wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu bersama berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah islam. kamu wakafkanlah segala tanaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, ,maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat. tetapi sekiranya kamu eggan dan memilih untuk terumbang-ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai - Mustafa Masyur.

"jadilah seperti air yang mengalir. walau di sekat, namun tetap terus mengalir..."

Friday 1 November 2013

:)

Bismillahirrahmanirrahim..

Agak lama tidak menjenguk blog ini..kesibukan yang ada membataskan untuk bertinta..
hidup ini ibarat satu musafir, mencari bekalan untuk menuju yang abadi..
ada pahit yang terpaksa di tempuhi..
menelusuri hikmah di sebalik yang terjadi..

titisan air mata itu sudah menjadi teman tatkala masalah datang menerpa..
mengakui hakikat diri yang susah untuk berkongsi..
sekali lagi hati ini memberontak akan hakikat diri..

hari ini aku menangis lagi..
sahabat yang merasai kehilangan insan di sayangi pasti mengerti..
peristiwa yang dulu kembali terimbau di benak memori,,
cuba menepis, namun ia datang kembali..

rindu yang cuba ku tahan itu datang mengetuk pintu hati..
wajah dan suara terngiang-ngiang..
kini ku mengerti hakikat 'menghargai'
sebelum 'mereka' pergi, korbanlah masa yang ada..
hanya ibu tempat bicara..

coretan hamba Ilahi..
1/11/2013
11:46 PM


Friday 28 June 2013

keinsafan diri

bismillah...

sepi menyapa diri..berpisah dengan sahabat yang tinggal sebumbung dulu, sem3 (2012/2013) mendera perasaan dan jiwa. bertukar watak dengan tiba-tiba. pastinya kerinduan pada mereka tetap ada,tapi dalam kesepian ini ku temui hikmah yang tak pernah di lalui..masa untuk muhasabah diri dari dosa-dosa silam..hati yang kelam dan sarat dengan dosa ini moga dapat di sucikan,,

sungguh, ia tak semudah bicara, aku perlukan mujahadah..mehnah itu datang bertalu mengetuk pintu hati, namun iman yang senipis ini cuba menepis..keinsafan diri datang menerpa, kembali kepada fitrah hamba..

buat temanku yang setia, doakan diri ini kuat,,
baru seminggu aku sudah bertemankan airmata..rindu yang menyapa kalian sukar ku pisahkan..
bertemankan lagu keinsafan diri..:'(


Disaat yang sepi ini 

Ku duduk seorang diri
Memohom Keampunan Dari Ilahi



Bak lautan bergelombang
Siang Malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang esa



Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali



Ku tidak layak kesyurgaMu
Namun tak sanggup ke nerakaMu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu



Chorus:
Ku tetap setia
Padamu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu



Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi


http://www.youtube.com/watch?v=8k_yJVrvEv4

Sunday 6 January 2013

Nasihat

Bismillahirrahmanirrahim...dalam kesibukan fatrah exam, cuba untuk berkongsi dengan sahabat2...inilah apa yg saya pernah rasa,,mungkin kita semua juga pernah merasainya..sama-sama renungkan...


[Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]

Wahai Anakku,

Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersediah dan bersendirian.

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu. Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu. Kamu rasa lemah menghadapi kerenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedang di hadapanmu menant.i hari yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda " sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata ' KALAULAH aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah TELAH DITAKDIRKAN ALLAH, apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan KALAU akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu"

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran. Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa- dosamu. Wahai anakku, Tagisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menagisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...