wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu bersama berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah islam. kamu wakafkanlah segala tanaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, ,maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat. tetapi sekiranya kamu eggan dan memilih untuk terumbang-ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai - Mustafa Masyur.

"jadilah seperti air yang mengalir. walau di sekat, namun tetap terus mengalir..."

Sunday 6 January 2013

Nasihat

Bismillahirrahmanirrahim...dalam kesibukan fatrah exam, cuba untuk berkongsi dengan sahabat2...inilah apa yg saya pernah rasa,,mungkin kita semua juga pernah merasainya..sama-sama renungkan...


[Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]

Wahai Anakku,

Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersediah dan bersendirian.

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu. Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu. Kamu rasa lemah menghadapi kerenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedang di hadapanmu menant.i hari yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda " sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata ' KALAULAH aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah TELAH DITAKDIRKAN ALLAH, apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan KALAU akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu"

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran. Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa- dosamu. Wahai anakku, Tagisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menagisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...