wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu bersama berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah islam. kamu wakafkanlah segala tanaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, ,maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat. tetapi sekiranya kamu eggan dan memilih untuk terumbang-ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai - Mustafa Masyur.

"jadilah seperti air yang mengalir. walau di sekat, namun tetap terus mengalir..."

Saturday 23 April 2011

jangan biarkan ia..cegahlah!

baca,hayati,renungkan...same2 berfikir...

Bila si tudung labuh, budak sekolah agama, ikot usrah, berubah Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.

Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.

Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.

Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?

Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.

Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?
Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.

Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.

Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.

Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.
Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.

Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.

Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
Mereka perlu manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.

Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?

“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.

Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.

Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?

Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?

Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.

Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.
Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.

Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.

Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?

Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.
Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.

Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.





Jd, ape yang perlu kita lakukan..dakwah x mengira siapa…laksanakn tanggungjawab kita ngan sebaik mungkin..truskan berdakwah…

Saturday 16 April 2011

sakit kafarah dosa

dua tiga ari ni ana di landa masalah ksihatan...demam dan batuk silih berganti..biasanya batuk mcm ni mmerlukan masa yang lama untuk kembali kpda keadaan asal..

tp tu sume ujian dari ALLAH..bila dah skit ni makan pun x lalu( xdop slera)..sihat ni merupakan nikmat yg sering wat manusia lalai..dua nikmat yg buat kamu lalai ialah nikmat sihat dan masa lapng..

masa sakit baru la nk ingat ALLAH...tp masa tu dah x boleh nk beribadat dgn sempurna..sgala tenaga jd lemah..hanya bibir yg menuturkan..ana tak kata kat sape2..diri ana pun tak terlepas dari tu..

tp kita kena ingat yg sakit tu kafarah dosa..tu cara ALLAH nk ampunkan dosa2 kecil kita...jangan mengeluh bila dah sakit..byakkan beristighfar...
org yg byk mgeluh macm x redha dgn ujian..stiap yg berlaku psti ade hkmah..selidikilah hikmah tu btul2...:)

p/s : psanan utk diri sndiri dan shabat

dr hamba yg lemah...

Tuesday 12 April 2011

aku hamba

aku selalu membuat dosa...
sering melakukan kesalahan...
sekali pun aku sudah mencuba..
untuk menolaknya ya ALLAH...
ampunilah dosa-dosa hambaMU ini..
jangan biarkan aku terumbang ambing..
dan tenggelam dengan dosa..
jangan ENGKAU biarkan aku..
jangan kau biarkan aku tnpa pimpinan..

ya ALLAH..kotornya diriku ini...
malunya aku untuk mnghadapmu ya ALLAH..
semkin hri dri MU makin ku lupakan...

layakkah aku untuk menggapai redhaMU??
aku takut ya ALLAH..
jgn terus biarkan aku bgini..
bntulah hmbaMU ini...

beriknlah aku kekuatan..
jdkn lah aku org yg selalu bermujhadah...

kmbalikn aku mnjd sprti dahulu..
yg bgun sepertiga mlm menagih cintaMU..
yg menahan lapar dan dhga berpuasa demi sunnah RasulMU...
yg rela mbgorbankan masa dan tenaga demi agamaMU..

kurniakanlah aku hati yg baru...
yg selalu megingatiMu..
tak lalai dgn nikmat duniawi ini..
beriknlah aku ptunjuk ya ALLAH..
agr aku trus istiqamah dlm amalanku...
agr aku x tunduk pd nafsu yg memujuk..
pd syaitan yg berbisik..
mengajak aku melupakanMU...
jdkan mata ini mnitiskan airnya kerana tkutkan siksaMU..
perkenankan ya ALLAH..
hidupku x bereti tanpa Mu..

RINTIHAN SEORANG HAMBA

Saturday 9 April 2011

adakah kita dah bersedia?

إنا لله وإنا إليه راجعون.….setiap yang hidup pasti akn merasai mati..tumbuhan,manusia n malaikat pun tak terkecuali…begitu lah ibart hidup kita..setiap permulaan pasti ada pengakhiran..ALLAH pun dah pesan dalam al-quran tentang kematian..

Mungkin ramai lg sahabat, teman, n termasuk diri yg hina ini yg masih lalai n leka dgn nikmat dunia yg sementara..mereka lupa yg dunia ini hya persinggahan n tempat menuai untuk kita buat persdiaan menuju akhirat..kita di ciptakan hya untuk beribadat pd ALLAH (ayat quran)…tp ramai di kalangan kita yg menyempitkan mksud ibadah tu sndri..ibadat bukan hya solat, puasa, zakat…kerja kita pun dkira ibdat jika niat kerana ALLAH…إنما الأعمال بالنيات..yg penting niat..tadabbur, tafakkur pun di kira sebgai ibadat..ia dpat mendekatkn diri pd ALLAH..

Pg td ana di kejutkan dgn msj drpd seorg guru yg sama2 mengajar di pasti as-syakirin teras jernang tentang kematian seorang guru kat ctu jgk…(innalillahi wainna ilaihi rijiiun) betapa singkatnya kehidupan ni…mati x mengenal usia..ade yg mati swaktu bayi..ana smpat pegi melawat pg td sebab hari ni sekolah tu di cuti berikutan kematiaan guru tu.. ana pun x smpat nk jumpa dia buat kali terakhir,,,Cuma 3 miggu lepas smpat ckap ngan die, tu pun melalui hp..die minta ana jd ckgu gnti kt PAsti sbb die x chat..tu la las ckp ngan die..tagisan dri saudara mara mula mghiasi umah tu..air mata ana pun trut menitis..bukan menangisi pemergiaan, tp sdih dgn dri ni yg x buat ape2 pn untuk hari saat nyawa kita d cabut..AstaghfiruLLAH hal ‘azim

Ermm…ana msh ingat lg kta2 trainer mukhyyam arbi msa kat raudhah kem.” Hidup ini sementara, mati pasti dtag tiba2”. Btul la kan…bersediakah kita nk menempuh hari kematiaan?..atau ade lg di kalangan kita yg masih berpenyakit “al-wahn” (cintakan dunia n takutkan mati) ?pasti rmai manusia yg begitu…ade yg smpai x ingt akhirat..ade yg tua Bangka pun masih lg berhibur, n kaki disko..arak jd minuman yg biasa..

Bila brlaku kmmatian mcm ni bru la insaf ckit diri ni…mula berfikir, byk ke amalan yg ana dah buat? Ya ALLAH, byaknye dosa hambamu ini…mungkin kita alpa dan leka..moga kta dapat wat persediaan yg secukupnya untuk menempuh hari kematiaan..ingat sahabt2 dunia ini cma persinggahan..bila2 masa kita kan kembali ke tempat asal kita..iaitu tanah..tingkatkan amalan, dekatkan diri dengan ALLAH..jaga hubungan kita dgn mnusia jgk..sebagai peringatan untuk diri ni n sahabt2..same2 kita sedekahkan al-fatihah pd yg telah tiada...moga mereka di tempatkan di kalangan org2 yg beriman,,amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...