wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu bersama berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah islam. kamu wakafkanlah segala tanaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, ,maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat. tetapi sekiranya kamu eggan dan memilih untuk terumbang-ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai - Mustafa Masyur.

"jadilah seperti air yang mengalir. walau di sekat, namun tetap terus mengalir..."

Friday 1 November 2013

:)

Bismillahirrahmanirrahim..

Agak lama tidak menjenguk blog ini..kesibukan yang ada membataskan untuk bertinta..
hidup ini ibarat satu musafir, mencari bekalan untuk menuju yang abadi..
ada pahit yang terpaksa di tempuhi..
menelusuri hikmah di sebalik yang terjadi..

titisan air mata itu sudah menjadi teman tatkala masalah datang menerpa..
mengakui hakikat diri yang susah untuk berkongsi..
sekali lagi hati ini memberontak akan hakikat diri..

hari ini aku menangis lagi..
sahabat yang merasai kehilangan insan di sayangi pasti mengerti..
peristiwa yang dulu kembali terimbau di benak memori,,
cuba menepis, namun ia datang kembali..

rindu yang cuba ku tahan itu datang mengetuk pintu hati..
wajah dan suara terngiang-ngiang..
kini ku mengerti hakikat 'menghargai'
sebelum 'mereka' pergi, korbanlah masa yang ada..
hanya ibu tempat bicara..

coretan hamba Ilahi..
1/11/2013
11:46 PM


Friday 28 June 2013

keinsafan diri

bismillah...

sepi menyapa diri..berpisah dengan sahabat yang tinggal sebumbung dulu, sem3 (2012/2013) mendera perasaan dan jiwa. bertukar watak dengan tiba-tiba. pastinya kerinduan pada mereka tetap ada,tapi dalam kesepian ini ku temui hikmah yang tak pernah di lalui..masa untuk muhasabah diri dari dosa-dosa silam..hati yang kelam dan sarat dengan dosa ini moga dapat di sucikan,,

sungguh, ia tak semudah bicara, aku perlukan mujahadah..mehnah itu datang bertalu mengetuk pintu hati, namun iman yang senipis ini cuba menepis..keinsafan diri datang menerpa, kembali kepada fitrah hamba..

buat temanku yang setia, doakan diri ini kuat,,
baru seminggu aku sudah bertemankan airmata..rindu yang menyapa kalian sukar ku pisahkan..
bertemankan lagu keinsafan diri..:'(


Disaat yang sepi ini 

Ku duduk seorang diri
Memohom Keampunan Dari Ilahi



Bak lautan bergelombang
Siang Malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang esa



Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali



Ku tidak layak kesyurgaMu
Namun tak sanggup ke nerakaMu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu



Chorus:
Ku tetap setia
Padamu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu



Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi


http://www.youtube.com/watch?v=8k_yJVrvEv4

Sunday 6 January 2013

Nasihat

Bismillahirrahmanirrahim...dalam kesibukan fatrah exam, cuba untuk berkongsi dengan sahabat2...inilah apa yg saya pernah rasa,,mungkin kita semua juga pernah merasainya..sama-sama renungkan...


[Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]

Wahai Anakku,

Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersediah dan bersendirian.

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu. Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu. Kamu rasa lemah menghadapi kerenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedang di hadapanmu menant.i hari yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda " sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata ' KALAULAH aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah TELAH DITAKDIRKAN ALLAH, apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan KALAU akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu"

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran. Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa- dosamu. Wahai anakku, Tagisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menagisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu....

Wednesday 5 December 2012

muhasabah

bismillahirrahmanirrahim...^^

Assalamu'alaikum...

Apa khabar iman dan Islam?
moga kita terus di beri kekuatan oleh ALLAh..

ingin berkongsi sedikit kata-kata. di saat diri memerlukan satu taujihat.


"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."

~Saad bin Abi Waqqas~

Jadilah seperti benih yang baik. Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Begitulah juga Islam dan kita, campaklah ke mana sahaja, akan tetap Islam aku bawa. Akan tetap Islam aku perjuangkan. Semoga gerak kerja itu tidak akan aku tinggalkan.

jangan biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa memikirkan tantang islam kerana  itulah aset kita di syurga nanti...amin

sedih melihat ramai sahabat yang makin jauh dari landasan. bukan aku mengharapkan mereka berjuang di medan jihad, bukan juga di medan perang..

tetapi, ku ingin mereka berjuang dan bermujahadah untuk melawan hawa nafsu yang tak pernah puas dengan nikmat dunia.

bukan ku minta mereka berpurdah, bukan jua berjubah, tetapi cukuplah sekadar cebisan pakaian yang boleh menutup auratmu sebagai seorang muslimah..

di saat aku menegur dirimu, aku juga menegur diriku.
ketika aku menasihatimu, aku juga menasihatiku.
tapi suruhan itu bukan datang dari aku..tapi, Tuhan Rabb mu..
mujahadahlah untuk menagih syurga yang kekal abadi.

~ aku sang pengemis cinta ~

6/12/2012
1:26 am

Friday 30 November 2012

rindu

~ coretan di hening malam ~

Bismillahirrahmanirrahim...

rindu itu adalah anugaerah dari ALLAh..

hati seketika meggamit rindu pada seseorang..

sihatkah dia? 

teringat satu kata2 dari Ust Don Daniyal " Kalau rindukan seseorang waktu malam.
Baca Al-Fatihah sambil tangan di dada. Dan berzikirlah kepada Allah dengan niat dia merasai rindu kita padanya"

moga rindu kita itu pada yang selayaknya..untuk ALLAH, Rasulullah, ibu ayah, dan seangkatan dengannya..

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,

Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Ameen..


~Perindu Cinta sejati~

Monday 5 November 2012

terinspirasi

Assalamu'alaikum..

sudah lama tidak bertinta di blog ini..
kesibukan menjengah menghalangi diri..

ingin berkongsi satu kisah melalui pengalaman sendiri..
sangat menyentuh hati..
moga kita semua terinspirasi...

sewaktu sedang makan di cafe hs jam 7.15mlm...
mataku liar memerhati gelagat manusia di kanan dan kiri..
kadang2 melihat situasi boleh memuhasabah diri..

terpandang seorang mak cik cleaner sedang mengutip pinggan yang hanya tiggal sisa di dalamnya untuk di basuh..

melihat kepadnya ku yakin umurnya dalam 50-an..
kudratnya yang lemah membuatku teringat pada ibunda di rumah..

sewaktu sampai di tempat dua orang sister foreingner sedang makan, m.cik tersebut mngutip sisa pnggan di atas meja..kelihatan sister isu sedang berbisik..

selepas dalam 5 minit, makcik tersebut merehatkan diri dan berhenti makan di meja bersebelahan..
bukan nasi @ makanan yang enak di makannnya..
mungkin tidak seenak makanan yang kita kunyah setiap hari..

ku terus memerhati lagi..
dua orang sister tersebut berbisik lagi dan melihat kepada mak cik itu..

dalam 30 saat kemudian seorg darinya bangun dan menuju ke arah m.cik itu..
kelihatan die memberi duit..
tindakan tersebut di susuli seorang sahabatnya lagi..

hatiku tersentap!!

alangkah mulianya hatimu sister..
mungkin yang lain tak mnyedari situasi itu..

terharu, sedih dan sebak..
aku tak pernah melakukan itu..

termuhasabah..
hebatnya percaturanMU ya ALLAH...

moga ALLAH memberkatimu wahai saudariku...
dan aku juga terinspirasi dengan perbuatanmu..

pengajaran : --->jangan kita ragu2 untuk membantu orang yang lebih memerlukan..
                   ---> di saat kita merasakan kesusahan, ada lagi orang yang lebih susah dari kita dan lebih hebat
                           ujiannya,,,,






Thursday 5 January 2012

Ahlan Wasahlan 2012!!

Bismillahirrahmanirrahim....


Assalamu'alaikum...


Sedar tak sedar dah 5 hari kita melangkah ke tahun baru..Rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2012!!". Perlu ke wish selamat tahun baru ni? kenapa perlu agungkan tahun masihi daripada tahun islam? cukuplah sambut tahun hijrah je? apa plk hukum sambut tahun baru ni ea?
Amboi, banyak betul kan solan yang berada di minda kita..


Ana pun smabut jgk tahun baru tu..tapi yg ni smbutan yang paling terbaik pernah ana pegi..tak ada konsert2 yang melalaikan anak2 muda, hiburan melampaui batas, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tempat yang ana pegi tu kat Dataran Merdeka, Shah Alam..
apa yg menarik kat sana?
Ada solat isyak berjamaah, persembahan daripada Sham kamikaze, shahir af, n ade lagi yang tak di sebutkan.Paling menarik penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus dalam sembang santai yang turut di gandingkan dengan Zizan Raja Lawak..


Memang tak kering Gusilah duduk kat sana. selain tu dapat jugak ilmu agama.


Ni lah antara bukti puluhan ribu yang hadir. di anggarkan lbh 70,000 org telah membanjiri datarn tersebut..cayalah..(^_^)

mengenai hukum sambut tahun baru pulak, Ustaz azhar kata di bolehkan tapi bukan sebab ikut yahudi. Kita smabut gini sebab nak elakkan org muda pegi tempat yang teruk dan berhibur melampaui batas pada malam tahun baru. Bagus pendektan ustaz..GOod job..hehe

Dalam kita duk gembira menyambut tahun baru, ada di kalangan kita yang terpaksa mengharungi cabaran getir..Ya, mereka adalah rakan seperjuangan ana dalam menegakkan kalam ALLAH di muka bumi.

Roud tour BEBAS yang menuntut kebebasan akademik ketika membuat perhimpunan aman di UPSI telah di layan dengan layanan yang sangat sadis oleh polis..Terkejut. sedih, geram, perasaan ana bercampur baur ketika mendengarnya.

mereka di kerjakan oleh polis sehingga mencederakan dua org iaitu Presiden bebas mohd Safwan anang dan sahabatnya. manakala 20 yang lain di tangkap..

Adakah mahasiswa ini melakukan keslahan yang besar??
Mereka cuma menuntut kebebasan akademik!! mansuhkan AUKU yabg sangat menjerat minda pelajar dan di larang berpolitik!!

beginikah corak pemerintahan yang kita inginkan??

Anda boleh menyaksikan bukti ini..

Jom, kita sama2 ubah PRU 6t!!

Tukar Kerajaan..

Asalkan bukan umno (ABU)!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...