wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu bersama berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah islam. kamu wakafkanlah segala tanaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, ,maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat. tetapi sekiranya kamu eggan dan memilih untuk terumbang-ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai - Mustafa Masyur.

"jadilah seperti air yang mengalir. walau di sekat, namun tetap terus mengalir..."

Wednesday 5 December 2012

muhasabah

bismillahirrahmanirrahim...^^

Assalamu'alaikum...

Apa khabar iman dan Islam?
moga kita terus di beri kekuatan oleh ALLAh..

ingin berkongsi sedikit kata-kata. di saat diri memerlukan satu taujihat.


"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."

~Saad bin Abi Waqqas~

Jadilah seperti benih yang baik. Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Begitulah juga Islam dan kita, campaklah ke mana sahaja, akan tetap Islam aku bawa. Akan tetap Islam aku perjuangkan. Semoga gerak kerja itu tidak akan aku tinggalkan.

jangan biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa memikirkan tantang islam kerana  itulah aset kita di syurga nanti...amin

sedih melihat ramai sahabat yang makin jauh dari landasan. bukan aku mengharapkan mereka berjuang di medan jihad, bukan juga di medan perang..

tetapi, ku ingin mereka berjuang dan bermujahadah untuk melawan hawa nafsu yang tak pernah puas dengan nikmat dunia.

bukan ku minta mereka berpurdah, bukan jua berjubah, tetapi cukuplah sekadar cebisan pakaian yang boleh menutup auratmu sebagai seorang muslimah..

di saat aku menegur dirimu, aku juga menegur diriku.
ketika aku menasihatimu, aku juga menasihatiku.
tapi suruhan itu bukan datang dari aku..tapi, Tuhan Rabb mu..
mujahadahlah untuk menagih syurga yang kekal abadi.

~ aku sang pengemis cinta ~

6/12/2012
1:26 am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...